هتاكربو ﷲاةمحرومكيلع مﻼسلا
Subject: Jangan sambut 1 januari ... Kenapa??
Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara ZulkifliNordin .
Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. ..
Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk
Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu.
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :
UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam
dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur,
malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan
menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka
menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kitatelah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...
Contohnya,haribulan . Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini
ada kaitannya dengan tuhan mereka
21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "AnnoDomini" bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikansebagai"... . beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana secara halus kita mungkin termasukdalamkategori umat Nabi Muhammad SAW seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkansupaya beristighfar selalu.
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, SheikhTantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagimereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kitasekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang sertasalah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan diberikan hidayah'













!doctype>